Wednesday, March 14, 2012

puding trifle ~ aku baru nak cuba..

Assalamualaikum


orang lain dah lama tayang mende ni kan..i baru nak cuba..ahahaha
tak pe laa..sekurang-kurangnya ada usaha nak mencuba tu ye dak..
bende ini rasanya ramai dah kenal..tajuk dia PUDING TRIFLE. resepi dapat dari banyak sumber..dan banyak gak derhaka..hehehe

dah tak ingat ambil dari blog sape, tapi bende ni memang mudah nak buat. cuma yang jadi leceh bila masukkan dalam cup camni.kalau buat dalam  casserole tu, pejam mata bleh siap...kekeke




Ini cara buat trifle paling cikai. sape nak ikot, silakan..hehehe

Bahan-bahan

Lapisan Pertama
1 kek gulung apa-apa perisa pun boleh.


Lapisan Kedua
Tepung kastard 3 sudu penuh merumbu
Susu Sejat 1 tin
Air 1 tin - sukat guna tin susu
esen vanilla
buah-buahan cocktail
gula ikot tekak korang, kalau nak manis, bubuh aa lebih


Lapisan ketiga
Kristal Jelly

Cara-cara buat

1. Potong kek gulung, masukkan dalam cup. Tekan-tekan sket biar padat. Agak 1/3 je dari tinggi cup tu
2. Masukkan tepung kastard, susu, esen vanilla, air & gula dan periuk. Kacau dulu biar sebati then baru panaskan kat dapur dengan api perlahan.
3. Kacau sampai jadi pekat likat
4. Bila dah likat, cepat-cepat sudukan dalam cup smp cecah 2/3 dari tinggi cup time ni, jangan buat kije bawah kipas. Kastard ni cepat benor mengeras.
5. lepas masukkan kastard, susun buah-buah yang korang suka. aku bantai cocktail je tekan sket ke dalam kastard supaya nanti tak terapung
6. Tinggalkan jap. Masakkan jeli ikot je arahan kat paket tu =)
7. Sejukkan jeli jap je. Pahtu sudukan dalam cup sampai penuh. Jangan penuh sangat nanti tak cun plak.
8. Lastly, masukkan dalam peti ais semalaman. Mende ni sedap makan time sejut2..

Dah tu..boleh aaa melahap depan tv tanpa sedar diri. ahahaha


haaaa...ada nampak 3 layer tu..? malam tadi tak dapat jeli strawberi...yang ada limau je. belasah laa limau pun..tu yang dapat kaler ijau. ekekeke

nway, seronok buat ni. malam tadi berjaya buat 40 cups dan 2 tupperware 1/2 liter tu. ini sempena potluck yang nak buat kat opis arini. =)

selamat mencuba korang...=)

No comments:

Post a Comment