Saturday, March 10, 2012

KAWEN - bersediakah I?

Assalamualaikum


seronok jadi raja sehari kan..

impian semua gegels..nak wedding yang bapak meriahnye..aku sendiri pun kadang-kadang selalu gak berangan pasal wedding aku. siap plan beria - ria lagi pelamin nak letak mana, doorgift nak bagi ape, hantaran berapa kontena..biasa aa tu..dah nama pompuan kan...huhu

tapi nasib baik aku sedar cepat..

di sebalik keseronokan bergelar raja yang cuma sehari je tu, akan muncul tanggungjawab yang maha besar. yang bagi aku, cukup menggerunkan. pada korang tak tau laa kan..

tanggungjawab sebagai isteri


tanggungjawab yang satu ni, bagi aku tak tertanggung jasad aku rasanya..seriously cakap, aku dah evaluate diri sendiri dan aku rasa keputusannya, aku TAK LAYAK lagi bergelar isteri.

ada masih banyak kelemahan yang aku perlu baiki sebelum aku jadi pelengkap kepada suami aku.
setiap pasangan tu kan saling melengkapi dan menyempurnakan

bak kata ust azhar laa...seorang isteri yang menjilat nanah di seluruh badan suami pun belum tertunai hak seorang suami.

korang nampak tak besar mana tanggungjawab korang terhadap suami?

eh..ape plak kita bertanggungjawab kat suami? en suami ler bertanggungjawab kat kita..

yee..betol.dia bertanggungjawab mendidik kita ke arah kebaikan, lengkapkan kita jadi muslimah sejati, even dia pikul dosa-dosa kita kalau kita buat salah tau

tapi..

korang kena ingat, untuk semua yang disebutkan diatas, kita kena melaksanakan tanggungjawab kita sebagai isteri gak.

ala...bukan susah benor pun..ko taat kat suami dapat laa syurga..

memang, taat pada suami, jaga kehormatan, puasa di bulan Ramadhan dan solat lima waktu, then ko boleh pilih nak masuk syurga dari pintu mana yang ko suka (Riwayat Al Bazzar)

tapi nape masih ramai wanita yang masuk muzium neraka berbanding lelaki?

sebab diorang tak tutup aurat, tak nak mandi hadas besar, suka berhias berlebih-lebihan, suka ngumpat dan paling teruk tak taat suami.

Nabi SAW sendiri bersabda
“Tidak boleh bagi seorang manusia bersujud kepada manusia lain. Sekiranya perbuatan sujud seorang manusia kepada manusia lain ini baik, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana hak suami ke atasnya terlalu besar.” – Hadis tsabit riwayat Ahmad dan al-Bazzar.

tak nampak lagi betapa besar tanggungjawab tu? haihh...tobat aku takut nak kawen bila pikir bab ni.

bab nak faham hak seorang suami satu hal, pastu bab nak menunaikan hak seorang suami plak satu hal.
lebih baik aku persiapkan diri aku secukupnya dengan ilmu yang pelbagai, supaya aku boleh tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri dengan cemerlang dan boleh menunaikan hak suami aku dengan terbilang. ceh...bunyi macam propa pilihanraya plak.


tanggungjawab sebagai mak orang

comey ekk budak2 kecit camni tido..kiut gile!

pehhhh..! bab laki dah headache, masuk plak bab anak. ko tak yah cerita laa bab nak beranak ni kiah..aku dah hari-hari dengar pengalaman beranak ni..pompuan-pompuan kat opis tu tak reti dah nak bergosip pasal mende lain, balik2 bab beranak, balik2 bab buat anak. tensen mak sebagai seorang yang masih suci.ahaks!

kembali serious.

bagi aku, anak ialah amanah Allah. Yea..amanah dari TUAN BESAR wehhh...!!


kalau silap didik, anak ko jadi badigol tak reti agama, silap2 dia tolong booking tiket ko ke muzium neraka.

bukan senang kiah weehh nak didik seorang manusia ni jadi orang..ko tak payah susah payah imagine nak didik anak laa..ko evaluate diri sendiri je.

diri sendiri tu, berjaya tak lagi ko didik ikot landasan yang betol?
pakaian ko ikot syariat tak?
solat ko awal waktu tak?
lifestyle ko ikot syariat? pergaulan ko?
ngaji ko dah betol ke belom?

kalau banyak NO dari YES, aku rasa masih tak layak nak jadi mak bapak.

eh..nape plak..?

yelaa..ko nak anak ko jadi alim, tahu agama, boleh sedekahkan ko fatihah bila dah takde sok, tapi ko sendiri tak tentu hala.
pokok yang sehat datang dari benih yang baik.

ko ni benih yang elok, yang baik ke tak?

itu yang jadi persoalan aku sehingga sekarang.

aku masih tak mampu nak cakap aku ni benih yang BAIK.

 aku takut esok-esok, aku laki bini kena soal depan TUAN BESAR sebab anak-anak aku tak jadi muslim.
nauzubillah..gerun wohh!

Apa pun, dikesempatan jodoh yang datang lambat yang Allah dah anugerahkan kat aku ni, aku akan guna untuk persiapkan diri sendiri sebagai ISTERI YANG SOLEHAH, IBU YANG MITHALI. insyaallah. Aku yakin, bila aku dah cukup persiapan, barulah Allah berikan aku seorang suami.


yea dak..? ekekeke..

bagi aku, marriage life and parenting is satu tanggungjawab yang ko tak boleh sewenang-wenangnya ambil mudah. prepare yourself dengan selengkap-lengkapnya untuk diri sendiri, bakal spouse, bakal anak-anak hatta bakal cucu-cucu.

insyaallah.

p/s: kadang-kadang, jodoh ni lambat bukan sebab ape pun, sebab diri sendiri gop. Ko tak bersedia nak bergelar suami/isteri, sebab tu Allah delay sket jodoh ko.supaya ko sempat cari ilmu.

chills!

eerrr you..bila kita nak tuweenn..soalan ngadee taik kudee

No comments:

Post a Comment