Thursday, May 3, 2012

aku masih tewas

Assalamualaikum


Tajuk entry yang macam dah give up kan..tapi sebenarnya masih belom give up..masih berjuang menentang habis-habisan..aahahaha

banyak aku perjuangkan dalam diri ni..tapi banyak jugak yang aku kadang-kadang tewas di tangan sendiri..

bukan tak mahu, tapi kadang-kadang rasa macam tak mampu..tapi sebenarnya aku sendiri yakin, kalau aku push diri sendiri sikiiiiiitt je lagi, sure aku boleh buat. tapi tu aa masalahnya.. kadang aku kompidem, kadang tak..

kadang-kadang aku terasa terlalu rendah diri..tak yakin langsung ngan apa yang aku dah ada..sampaikan perasaan gile humble tu telah buat aku hampir melepaskan peluang-peluang keemasan dalam idop ni.

itu laa yang aku belajar sepanjang dah lebih suku abad aku bernapas ni..MENGHARGAI DIRI SENDIRI. kadang-kadang dek kerana terlampau mengejar apa yang aku impikan, sampaikan aku terlupa dengan diri sendiri. ape yang diri sendiri mahukan..asek nak puaskan hati orang lain je.

kadang-kadang aku rasa sangat tak yakin dan sangsi dengan ape yang dah aku miliki..banyak kali aku pikir bahawa aku tak layak untuk menerima..sebab masih banyak kekurangan diri. tahlahh..

semua yang aku ada hari ini adalah anugerah dari ALLAH Taala. tanpa keizinan Dia tak mungkin aku boleh merasai nikmat kehidupan arini. Terima kasih ya Allah..dan juga, ampunkan aku ya Allah..sebab terlalu banyak bersangka buruk terhadapMu.

kadang-kadang aku terpikir..betul ke aku ni?

hmmm..malas aa membebel ...sambung esop lak boleh..ahahahaha

selamat berlingkar di petang-petang begini..huhuhu