Saturday, October 13, 2012

untuk Humairah semua

Assalamualaikum semua

lama tak jenguk ke sini..saya dalam fasa mencari jati diri.
banyak yang dah berlaku sepanjang saya idle dari blog ni. tapi takpe laa..saya simpan untuk pengajaran diri sendiri.

Entry ni saya nak tujukan kepada semua reader Humairah saya yang sangat disayangi.

Humairah,
Kita ni adalah sebaik-baik perhiasan dunia. takde apa pun yang mampu menandingi ciptaan Allah yang satu ni..not even gold and diamond.

Jadi Humairah sekalian, jagalah diri dan kehormatan dengan sebaik-baiknya. Jaga seolah-olah itu adalah nyawa anda semua.

Semua orang berpesbuk, berblog..bertwitter..ntah berapa banyak social media kat luar sana yang bagi kita peluang untuk share banyak detik dalam hidup ni.

Tapi Humairah, dalam kita duk syok share semua yang berlaku disekeliling kita, jangan lupa untuk terus jaga maruah & kehormatan diri.

Eh..dalam blog or pesbuk pun ada orang mencabul ke?

Ada...
kadang-kadang orang luar yang manipulate gambar-gambar kita.

Tapi banyak kalinya ialah kita sendiri yang mencabul kehormatan diri sendiri.

Ahahahahaaa....camne diri sendiri mencabul diri sendiri? ahahaha

Yep..dengan share gambar-gambar kita yang tak menutup aurat..biar semua orang tengok ape yang tak sepatutnya dilihat, ape yang sepatutnya dilindungi & ditutup rapi.

Ingat Humairah sekalian,  seksaan yang menunggu sebab tak jaga aurat sangat berat. Jangan sebab gambar-gambar kita still online, kita terus tanggung dosa berpanjangan walaupun dah masuk kubur!

Jaga gambar-gambar anda bila nak upload. Pastikan takde yang boleh beri saham tak best sampai kiamat.

Mari kita sama-sama jaga gambar-gambar kita. Insya Allah.

Thursday, July 19, 2012

Padi dan Lalang

Assalamualaikum

Dunia ibarat lalang
Akhirat ibarat padi

Kalau tanam lalang....
Padi tak akan tumbuh.

Tapi kalau tanam padi,
lalang akan tumbuh sendirinya di tepi batas-batas.

Bekerja ibarat hidup seribu tahun lagi..
Beramal ibadat ibarat nak mati esok.

tapi kalau kerja stop setahun, insyaAllah akan ada 999 tahun lagi..
tapi mati tak boleh stop, tak tahu bila nak datang.

renung-renungkan.

Salam Ramadhan semua..=)
selamat beramal.

Tuesday, July 3, 2012

Yang paling cantik dan paling baik



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanyakan kepada guru ketika guru itu sedang mengajar mengenai kasih sayang…pelajar “cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang paling kita sayang?macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?”

Cikgu “ok kamu ikut apa yang saya suruh..kamu pergi ke padang. Kamu berjalan diatas rumput. Di depan kamu…pilih rumput yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walaupun sekali..dah petik kamu bawa ke kelas”..

apabila pelajar tadi pulang ke kelas,tiada satu rumput pon ditangannya..cikgu bertanya ."kenapa tiada rumput yang dipilih??....

pelajar “tadi semasa berjalan,saya carilah rumput yg PALING CANTIK…memang ada banyak yang cantik..tapi cikgu kata yang PALING CANTIK ,maka saya pon terus berjalan kedepan smbil mencari tanpa menoleh ke belakang lagi….tapi sampai ke penghujung padang ,saya tidak jumpa pun rumput yang paling cantik,mungkin ada diantara yg di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu pesan jangan menoleh ke belakang jadi tiadalah rumput yg saya petik…”

cikgu “ya! Itulah jawapannya.. Maknanya…apabila kita telah jumpa dengan seseorang yg kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu…kita patut hargai orang di depan kita sebaik- baiknya..jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku ..semoga yang berlalu tidak berulang lagi…dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik..mahupun nak di ikutkan ada lagi yang baik.

Seperti rumput tadi…

Tuesday, June 19, 2012

Assalamualaikum

mula-mula skali..OH NOOOO..!! kenapa harus dia yang diucapkan selamat tinggal..???! apsal laa duk simpan yang sorang tuh..hampas tol..!




mmm..kot ada yang tak mengikuti rancangan Masterchef Selebriti, minggu ni, eh..malam ni, Karl Shafek yang tersingkir. SEDEH!!
dia kalah kat Azwan Ali yang dramatik hover tak habis2 tu..poyo tol.

aku tak paham laa...Karl ni konsisten je sepanjang pertandingan..stakat tulang ngan ikan xberapa nak masak pun juri boleh singgirkan dia..kalau nak compare ngan hidangan Azwan Ali yang ntah hape-hape tu..jauh laaa dia punya lagi pro..

Hai Karl..bak kata hosmet i, dah takde laa penyebab kitorang nak terbuntang tengok Masterchef ni..dah hilang seri dah..eehehhee

ape pon, Karl memang best..walaupun dia tak ske Azwan Ali...dia xde poyo kutuk Azwan kaw2 ahahahahaha

arap-arap next week pondan celup tu plak yang keluar. sadis sangatttt tengok peel dramatik hover tak habis2 dia tu

Wednesday, June 6, 2012

Ustaz Azhar Idrus in da house...=)

Assalamualaikum

Alhamdulillah..berjaya gak akhirnya kitorg mengecop ustaz pemes ni untuk program kami yang akan datang. syukur sangat2..tak sesia penat lelah buat sume groundwork nak pastikan ustaz boleh datang..bukan senang wooo nak dapat permisi ustaz ni masuk area kebiruan ni...takut sangat dengan suara lantang ustaz tu...bukan dia cakap yang fitnah pun...dah mende betol..kena laa telan walaupun pahit..

kadang-kadang cam tak paham gak ngan orang Melayu ni..nak sangat jaga hati & sensitiviti sampai yang betul ditidakkan dan yang jelas tak betul dibenarkan. pelik kan..?

ape sangat laa ngan rasa terkedu CEO2 yang terkena hentaman kata-kata tajam ustaz...kalu tak makan cili, mana rasa pedasnye...ye tak..

taksub sangat ngan power manusia, takut kena surat tunjuk sebab laa ape laa kalau ustaz cakap sesuatu yang terkena batang idom orang-orang besar ni..haiihhh..manusia yang takutkan manusia.

apepon, kehadiran ustaz memang amat-amat dinantikan, semua technician dah siap blok jadual masing-masing..next two weeks dewan kat sini akan fullhouse laa..padat & ketat ngan manusia. alhamdulillah, time tu aku dah tentu boleh tersenyum bangga sebab insyaallah ada pahala aku dan kawan-kawan yang lain sebab berjaya bawak daie sejuta ummah ni datang untuk share mutiara hikmah beliau. alhamdulillah ya allah..amin!

share sket poster tak cun yang aku buat ni..huhu


Tuesday, June 5, 2012

hati ku, hati mu..hati kita semua

'HATI TEMPAT JATUHNYA PANDANGAN ALLAH'

bagaimana kita menjaga hati?
bagaimana kita mendidik hati?

hati tempat jatuhnya pandangan Allah Taala
cuba tilik hati kita...apa warnanya...



Pandangan mata selalu menipu


Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih


Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran


Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

walahu'alam.

kawen awal..best kan?

Assalamualaikum..
dah sebulan baru ada nampak batang idong..huhu..
sangat bz lately dengan macam-macam program anjuran Badan Kebajikan Islam kat opis ni..asalnya bermula dengan program melawat anak-anak yatim kat Permata Camar, Kempadang, Pahang sampai laa ke program Kem Anak Soleh yang akan start esok. bayangkan preparation nak buat program-program ni..mau nak semput diri ni..huhu..tapi takpe..since I LIKE kan..so semput pun xde masalah huhu...

berbalik pada tajuk entry, lepas banyak baca blog and kesah kat FB, boleh aku simpulkan sekarang ialah trend kawen awal. satu trend yang amat bagus sebab boleh elak budak2 buat maksiat sesuka ati..

nak komen panjang pon tak reti, cuma bagi aku, kawen awal ni sangat banyak pekdahnya. yela...kalu pompuan, dah ada laki yang tengok2kan..nak g tengok wayang pun mak dah tak marah..kalu laki lak, dah ada bini yang setelkan kehidupan, dah takde menyusahkan mak nak kemas bilik korang...

bila dah kawen, otomatik tanggungjawab masing-masing kena pikul sendiri. laki kena buat tanggungjawab dia..yang bini kena buat tanggungjawab dia. kalau masing-masing dah tahu dan reti buat tanggungjawab masing-masing, bagi aku otomatik membina kendiri dan sahsiah diri. ko kena tahu cmne nak handle dan laksanakan tanggungjawab...baru laa namanya bertanggungjawab.

tapi tulaa...ikot ati, semua orang insyaallah  nak kawen awal..aku pun. tapi nak buat cmne..dah termaktub aku kawen lambat..smp sekarang tak kawen-kawen lagi..ekekekeke..takpe..redha jelaa...semoga aku pun terlindung dari gejala-gejala negatif yang melanda orang-orang tak kawen lagi ni..insyallaahhhhh..

meh sini aku tunjuk dua orang makhluk Allah yang alhamdulillah dah kawen..muda-muda dah kawen..in fact, tak abes belajar lagi pon. ni bukti, kawen waktu belajar tak menyusahkan pon..

yang pertama, Cik Dena Bahrin..ehh...salah, dah tukor, Puan Dena Bahrin
kesah kawen dia ni sangat laa suweeettt...cmne hubby dia propose dia..cmne dia tanak kawen lagi..macam-macam...typical youngster yang cuba nak tentukan idop sendiri..tapi alhamdulillah....kawen jugak dia ngan encik hubby dia ni...suka sangat tengok gamnbar-gambar diorg berdua..cantik & sweet =)

Pn Dena & hubby, saya doakan anda berdua insyaallah kekal hingga ke akhirat dan insyaallah berkat perkahwinan yang suci ni, idop korang berdua akan sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat dari Allah taala.
nak baca blog dia ke? nah..klik kat link bawah ni..


yang kedua, yang ni femes se antero malaya sebab hubby dia yang mmg dah pemes..
Puan Farah Lee...

ni her man...kenai tak? huhu
haa...ni baru empunya diri...=)
dah kawen baru tahu, rupanya Puan Farah ni adik classmate i masa skolah agama dulu..huhuu..tanak cite banyak, sebab kesah diorang memang dah ada byk org review..cuma nak cakap satu je kat Farah, i memang salute abess kat u sebab majlis kat umah u memang sederhana gaban. suke sangat2 ngan konsep kat umah u tu..sangat kontra dengan silauan kefemesan dr hubby u..u memang sangat cool..banyaknya puji..huhuhu..

anyway, untuk Puan Farah Lee dan suami, saya pon nak doakan semoga korang berdua berkekalan jodoh hingga ke akhirat, insyallah masuk syurga sama-sama. semoga puan farah berjaya dalam pelajaran, insyaallah berkat perkahwinan yang tak tercemar ni. u rocks girl!
nak baca blog dia jugak? ni klik kat link bawah ni..


lastly, kepada semua adik-adik muslimat yang dah berjaya mendirikan rumahtangga di usia muda, saya ucapkan tahniah dan semoga berjaya. Insyallah, berkhidmatlah untuk suami demi ALLAH taala, insyallah anda akan jadi penghulu bidadari untuk suami anda...nak tak? hehehehe

*** update sket ***

tadi pegi join KEM KITA SOLEH anjuran BAKIP kat ADTECH pun ada jumpe sepasang kapel yang kawel awal. Si hubby tu master trainer untuk program tu a.k.a pengarah urusan company yang handle program tu. yang wifey plak final year student, umo baru 24 tahun. sweet sangat si pompuan ni, sesuai benor ngan si laki ni..sangat menyejukkan mata, menyenangkan laaa..

ape pun, kepada Aina & Hakim, Selamat Pengantin Baru, semoga beroleh keberkatan daripada Allah Taala berkat kawen awal..

nak tepek gambar kawen diorang takde plak gambarnya, so boleh kenal yang lelaki je laa kot...boleh cekedaut kat link ni..

Suria Horizon Training & Consultancy

Thursday, May 3, 2012

aku masih tewas

Assalamualaikum


Tajuk entry yang macam dah give up kan..tapi sebenarnya masih belom give up..masih berjuang menentang habis-habisan..aahahaha

banyak aku perjuangkan dalam diri ni..tapi banyak jugak yang aku kadang-kadang tewas di tangan sendiri..

bukan tak mahu, tapi kadang-kadang rasa macam tak mampu..tapi sebenarnya aku sendiri yakin, kalau aku push diri sendiri sikiiiiiitt je lagi, sure aku boleh buat. tapi tu aa masalahnya.. kadang aku kompidem, kadang tak..

kadang-kadang aku terasa terlalu rendah diri..tak yakin langsung ngan apa yang aku dah ada..sampaikan perasaan gile humble tu telah buat aku hampir melepaskan peluang-peluang keemasan dalam idop ni.

itu laa yang aku belajar sepanjang dah lebih suku abad aku bernapas ni..MENGHARGAI DIRI SENDIRI. kadang-kadang dek kerana terlampau mengejar apa yang aku impikan, sampaikan aku terlupa dengan diri sendiri. ape yang diri sendiri mahukan..asek nak puaskan hati orang lain je.

kadang-kadang aku rasa sangat tak yakin dan sangsi dengan ape yang dah aku miliki..banyak kali aku pikir bahawa aku tak layak untuk menerima..sebab masih banyak kekurangan diri. tahlahh..

semua yang aku ada hari ini adalah anugerah dari ALLAH Taala. tanpa keizinan Dia tak mungkin aku boleh merasai nikmat kehidupan arini. Terima kasih ya Allah..dan juga, ampunkan aku ya Allah..sebab terlalu banyak bersangka buruk terhadapMu.

kadang-kadang aku terpikir..betul ke aku ni?

hmmm..malas aa membebel ...sambung esop lak boleh..ahahahaha

selamat berlingkar di petang-petang begini..huhuhu

Sunday, April 29, 2012

saya mintak maaf derr

Assalamualaikum


fuhh..fuhhh...!! berhabuk dah sikit..dah lama tak buat hoskiping kan..hehehe...biasa laa..dah kalau kije cam nak gile, gini laa jadinya. idop dah tak balance. nasib baik jumpe balik balance tu...hoho

etah kenapa, bangun pagi ni aku ada rasa spark sket...rasa macam-macam..

ada resah, gelisah..takut, sedih, nyesal..rasa cam hampeh pun ada..rasa cam banyak plak dosa aku ngan orang-orang ni..ustaz kata, dosa ngan Allah Taala insyaallah akan diampunkan sebab Allah tu kan Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. bila kita bertaubat, mohon keampunan dengan sungguh-sungguh, dan berjanji tanak ulang kesilapan lalu, insyaallah Allah akan ampunkan.

Tapi kalau dengan manusia? camne kalau dia tak nak maafkan aku? tak jadi masuk syurgakah aku?

Jadi, entry ni ditujukan khas kepada semua yang pernah terasa hati or bengang or serabut or panas hati ngan aku yang banyak tak betul dari betul ni..

aku manusia biasa, sangat lemah, sangat daif..aku banyak bercakap. dah tentu banyak yang tersilap..

jadi, aku dengan rendah hati dan rendah diri mohon maaf dari semua yea..rasa nak raya plak yea..ahahhhaahaa

so, MAAFKAN SAYA yea.. =)

Tuesday, April 17, 2012

eksiden hari-hari derr...

Assalamualaikum

Pagi ni jalan nak ke opis jem parok,..orang kawasan ni kata 'jem klem....dop rok cetom..'..ahahaha...tu diaaa..nak gambarkan betapa teruknya keadaan tersebut..kihkihkih..

kalau musim hujan, boleh kata tiap-tiap hari ada orang eksiden. dah tak berapa nak seriau dah tengok mayat terbaring kat tepi jalan..tapi bukan kengerian setiap kemalangan tu yang nak dicerita..

yang nak disampaikan betapa dekatnya kita ni dengan KEMATIAN.

pernah satu hari dulu, aku tengah layan bawak kete nak gi opis ni..dah nampak dah jalan jem..ingatkan eksiden biasa-biasa je..skali bila dah lalu tepi tu, nampak ler mayat budak motor..diorang baru tutup muka mayat tu dengan raincoat. ooo lupa, waktu tu hujan renyai-renyai..pagi lagi.dalam puko 7.45 lebih - lebih gitu..

aku dapat tengok dengan jelas, kaki dia dah pucat gaban..kaki orang mati. lepas tu aku terus kecut perut. aku beristighfar je sepanjang jalan..betapa aku takut tengok kaki mayat tu. 

tengah hari tu dapat laa berita penuh. rupa-rupanya budak tu ialah polis bantuan kat BSN. dia baru je kkuar dari umah dia bila suddenly satria kat depan dia tukar lorong. dia pun..ape lagi..terus sondol laa bontot satria tu..hamekk..berlubang bontot satria tu. agaknya dia pun tengah laju time tu. meninggal tak lama lepas kuar dari umah..dalam 30 minit pas kuar umah.

pengajarannya, mati ni tak tunggu sesaat pun. dah jadi RAHSIA ALLAH bila, kat mana dan bagaimana kita dijemput. kita ni antara redi ngan tak je nak jumpe Dia.

betapa dekatnya kita dengan KEMATIAN..astaghfirullah..bersedia ke kita ni? 

Nabi SAW pernah bersabda, mengingat kematian tu adalah sunat. jadi, mari kita banyak-banyak ingat mati...jangan terlampau sibuk mengejar kekayaan didunia sampai lupa nak cari kekayaan Akhirat. Allah..

'bekerjalah kamu seolah-olah akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya'

wallahu'alam.

Sunday, April 15, 2012

nie ada luahan perasaan dari seorang wanita, sungguh menginsafkan......

sumber: dapat dari email..sila baca dengan penuh perhatian yea =)

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ..celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... 
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"


....demi mengurangkan bebanan tersebut wajarlah suami2 mencarikan teman ke 2 dan seterusnya untuk suri2 yg di rumah tu semoga kurang bebanan kerja mereka.....  ~~yang ni memang statement tak boleh blah..ahahhaa..you misti ske kan ni yang..~~

14 April

Assalamualaikum semua

Sebenarnya dah diniatkan untuk 14 April, tapi tah cmne, terlupa plak nak publish..hehehee..malu sendiri.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampuni setiap butir dosa dirinya Ya Allah,
Kau kurniakanlah limpah rahmat dan berkatMu yang maha suci kepadanya dan keluarga Ya Allah
Kau berikanlah dia ketenangan dan dan kelapangan dada..
Berikanlah dia kemudahan dalam menjalani kehidupannya seharian
Bantulah dia Ya Allah, tetapkan hatinya kepadaMu Ya Allah.


Ya Allah Ya Rahman,
Andai dia masih jauh dari mengingatiMu Ya Allah,
Aku mohon padaMu Ya Allah untuk berikan dia hidayah
untuk mencintaiMu lebih dari mencintaiku Ya Allah,
sekiranya dia masih lalai dengan urusan dunia, berikanlah dia hidayah untuk kembali dekat padaMu Ya Allah


Ya Allah yang Maha Pengampun,
aku berdoa kepadaMu Yang Maha Pengampun untuk mengampunkan setiap dosa-dosanya Ya Allah.
Ampunkanlah dia Ya Allah....
Ampunkanlah dia Ya Allah..
Ampunkanlah dia Ya Allah..


Ya Allah..
aku mohon padaMu, tetapkanlah hatinya ke jalanMu ..
berilah dia panduan supaya dia menjadi imamku yang terbaik
berilah dia peluang untuk bersamaku Ya Allah


Ya Allah,
Aku mohon sepenuh hatiku..makbulkanlah doa ini untuknya Ya Allah
kerana ini  sesungguhnya Ya Allah merupakan hadiah untuk hari lahirnya yang paling bermakna bagiku.



Thursday, April 12, 2012

rahsia jodoh saya

"Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu."


Tuesday, April 10, 2012

selalu marah - marah

Assalamualaikum

Lately, saya selalu marah - marah .. cepat bebenor naik angin. kadang- kadang yang keluar dari mulut lagi laju dari ape yg terlintas kat fikiran nih. itu yang kadang-kadang sampai nyesal cakap yang tak sepatutnya.

haihh..

nape cepat benor marah..

Nabi Allah saw kata, marah tu dari setan. setan kan dari api, jadi..kalau dah stat naik angin, baik g amek wudhu', insyaallah rasa marah akan menghilang.


tapi selagi tak lepaskan, selagi tu tak rasa puas. kalo dapat menghambur kata-kata kesat, marah berapi-api baru rasa lega..

mana boleh camtu..mende yang dikata, tak boleh nak undur balik. dah kalau org terasa, mintak maaf pun dah tak guna. nak lagi kalau dah cakap mende yang tak sepatutnye...


tapi...haihhh..susahnya nak melawan nafsu sendiri...baru nafsu amarah tu...

tau pun..sebab tu Nabi Allah saw ajar cara nak kawal marah..


Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).


Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Insyaallah, saya tak akan benarkan setan jadi kawan saya time marah lagi..

p/s: tapi ko kalu tak puas ati ngan aku, meh ler sound depan2..tak yah aa pegi cakap kat org lain..ko kasik aku bingit aaa..aku nampak ko ni keciiiiiiiiikkkk je tau. huh!!



Sunday, April 1, 2012

Sunday Strike: Tolong Anak Yatim

Assalamualaikum wrt

Dah lama menghilang kan...hehehe...

Bukan ape, kebelakangan ni banyak benor isu nak kena setel..hal kerja, hal personal...berkejar-kejar..tapi apa pun, Alhamdulillah..ada sket masa nak conteng blog bolok kali ni.

Entry kali ni dipertik dari satu email yang dikirim oleh sahabat baik saya..point yang ingin disampaikan sangat jelas.

HAJI YANG MABRUR BERMULA DARI HATI YANG IKHLAS. TAK PERLU SAMPAI KE MEKAH, KADANG-KADANG DI DEPAN RUMAH DAH DAPAT PAHALA HAJI YANG MABRUR BERKAT KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN.

Apa pun, saya berazam nak mengerjakan haji dan umrah sebelum usia 40 tahun. Maknanya ada lebih kurang 10-11 tahun lagi...=)

dah tua ko ehh...tapi bekal tu dah cukup ke?


Insyaallah, istiqamah ke arah hijrah yang lebih baik.

ni kisah pasal seorang pembuat kasut yang mendapat pahala haji yang mabrur dengan hanya membuat kebajikan kepada anak-anak yatim.

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
 

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."



kita ni...kadang-kadang tak pernah bertanya pun khabar jiran..kalo ada yang bertanya pun, cukup setakat tanye khabar..ntah kawan tu dah makan ke blom...tak penah nak tanya. budaya kita orang Melayu kan..tanya lebih - lebih karang dikata menjaga tepi kain orang..walhal Nabi SAW sendiri dah bersabda soh tanye ngan jiran tu, kalau dia cakap ko baik, baik ler ko. kalau tak, nasib ler...


kesimpulannya, bertanya khabar kepada jiran is essential. tak semestinya bertegur sapa untuk bergosip je..lupakan peribahasa Melayu "jaga tepi kain orangg' kerana sesungguhnya Islam menggalakkan kita mengambil tahu keadaan jiran-jiran kita. 


p/s: jaga yang mana patut ler..jangan melebih2 plak.


Wednesday, March 21, 2012

Tuesday, March 20, 2012

hati kita

Assalamualaikum
 
Malam tadi kan..hosmet aku ada cite yang dia kena serang ngan sorang pompuan ni..kesnye konon-konon berebut boipren laaa...yang peliknye...hosmet aku ni bukan ada ape2 pun ngan boipren si pompuan ni..tetiba je pompuan ni nak serang menyerang hosmet aku..

ingatkan kesah tu abes laa kat opis diorang je..rupanya berpanjangan sampai ke rumoh. murong laa hosmet aku ni sepanjang hari .. ye laa kau...kalau dah satu opis tau kesah ko berperang pasal jantam kan..mau nye tak jadi bad day ye dak..

tengah dia bermurung sambil bercerita kesah dia kat opis tu kat kitorang, kat tv plak ada tunjuk kesah keganasan kat palestin ngan syria. aku yang duk dengar ngan tak berapa dengar ni terus jadi fokus kat tv..

 
teruk ehh kat palestin tu rupanya..diorang dapat makan skali sehari pun dah bersyukur gile...diorang dapat makan ke..tak dapat makan ke..sama je bagi kita..takde rasa terbetik apa-apa pun.siap bleh tak teringat kat diorg waktu kita tgh lahap makanan berkali-kali dalam sehari.

tengah-tengah minah-minah tu sume duk layan jiwa kabung hosmet aku ni, tetiba aku terdetik..kitorg kat rumah ni sekarang tengah sebuk layan jiwa kacau kes berebut boipren. orang-orang kat palestin tu tengah layan peluru ngan mortar yang tetiba menerjah umah tak kira masa..

jauhnye perbandingan kehidupan kita ngan diorang kan..

jauh aku koya malam tu..

kesimpulan yang aku dapat, apa laa sangat ngan perasaan dan jiwa kacau akibat dari masalah cinta ni kalau nak dibandingkan dengan realiti kehidupan orang lain yang peritnya lebih terasa dari hati kita yang baru dicuit oleh perasaan tu...err...ape aku merapek ni..agak2 korang paham tak pe yang aku nak sampaikan ni?

tapi gitu laa...bagi aku..ape laa sangat dengan perasaan ni..bukan boleh mati pun kalau tak ikot perasaan..
 
ke korang rasa camne?

Monday, March 19, 2012

7 sunnah amalan Nabi SAW yang sangat poweerrrr..~!

Assalamualaikum
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

 

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sayyidul Istighfar
 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sunday, March 18, 2012

Sunday Strike: Al-Quran

Assalamualaikum

Korang-korang,
dalam sehari berapa kali kita sentuh Al- Quran? Sentuh je...tak baca pun tak pe ... tapi jarang orang yang menyentuh Al-Quran tapi tak baca ye dak?



5 kali ...?





3 kali....?





1 kali...?





ke tak pernah?





haihhhh...

Nabi SAW dah pesan dalam sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh bnu Umar r.a:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.” 

Ada banyak sabda Nabi SAW tentang kelebihan membaca Al-Quran. kita ni..antara nak ngan tak nak je..

Ada satu kisah..aku baca dari satu emel...kisahnya lebih kurang camni..

Ada seorang atu sedang lepak-lepak kat laman umah dengan cucu dia. Tetiba cucu dia bertanya,
'atok, nape kita kena baca Al-Quran? Kita bukan paham pun ape yang Al-Quran tulis..macam buang masa je..'

Atuk dia senyum je..pastu Atuk bersuara 'Cu, ce ko amek baldi tu..pegi amek air kat sungai guna baldi tu..pegi penuhkan bekas air ni..pegi laa...'

'Aik..baldi tu kan bocor..mana boleh angkut air..." kata Cucu dia tak puas ati

'xpe..ko buat je...atuk nak tengok..' balas atuk plak. si Cucu dengan rasa tak puas ati menurut je laa cakap atuk dia. tak buat karang kata derhaka plak..ye dak?


Berkali-kali cucu tu angkut air, tapi setiap kali sampai kat Atuk dia, air dah abes. ye laa..dah baldi bocor, tang mana nak lekat air kan..

Dah beberapa percubaan dibuat, cucu tadi mengalah. dia menghampiri atuk dia lalu berkata.."tok, gua surrender aaa...xlarat aaa nak penuhkan bekas air ni..sampai mati pun tak penuh kalau guna baldi ni.."

Atuk dia senyum je..

"Cu..tu laa perumpamaan bila kita baca Al-Quran.  Baldi yang bocor tu ialah hati kita. Ce ko perhatikan, ape warna baldi tadi?'  Soal atuk.

'Kaler itam tok..tadi kan baldi tu berisi arang..' jawab cucu

'Sekarang dah jadi kaler ape?' tanya atuk lagi..

'Sekarang dah bersih...ooo..yelaa..sebab asek celup dalam sungai pahtu air yang kuar dari tempat bocor tu bawak kotoran arang tu skali..' jawab cucu plak.

'haa....walaupun bekas air tak penuh, tapi baldi dah bersih..dah cuci dari kotoran. cam tu laa hati kita..walaupun kita tak paham-paham dengan maksud setiap ayat Al-Quran, tapi bila kita selalu baca, hati yang hitam akan bersih semula..' jelas atuk.

Cucu dia angguk-angguk tanda faham.

So sekarang, korang paham tak nape kita kena selalu baca Al-Quran?

Thursday, March 15, 2012

nape aku tak cantik macam dia...?

Assalamualaikum



Dia kan..cantik sangaatt..kulit putih bersih..licin berminyak.
Mata bulat..cerah..cantik betol.
bibir merah, cam ulas limau. tak payah pakai lipgloss pun.
Badan slim..xde tayar spare merata ...kecikkk je orangnya..
sangat cantik..
sedap mata memandang..
sape tengok skali misti nak tengok dua kali..
sape tengok sekilas, misti nak tengok sampai tak tertoleh
gaya pun cun..takde sloppy-sloppy..kemas je..
up to date
pendek kata dia memang cantik



ni kenai bunga ape?
aku camni aaa...
rupa takde..manis lagi laa jauh.
kulit gelap...muka berparut kat pipi..eksiden dulu-dulu
dah laa berparut, ada banyak jerawat lagi..tu tak kira lagi parut jerawat
mata sepet, tak bulat, tak bercahaya
bibir hitam..ngalahkan orang isap rokok
badan gemuk. tayar spare merata..perut buncit
gaya cam nenek...kadang-kadang orang salah anggap, ingat mak janda anak lima
takde yang menarik untuk dipandang
orang skali pandang je, dah tanak toleh dah
kalau dua kali pandang, tah termuntah agaknya.

Nape dia cantik...? cantik serba serbi..
Nape aku tak cantik ? serba serbi tak cantik..
bf salu marah sebab aku lambat tangkap pe dia cakap.
kadang-kadang kena marah sebab cakap lari topik
nape banyak yang tak menyenangkan ada pada aku?
nape aku tak cantik?

tak baik menyesali kejadian Allah..ada hikmah nape Dia jadikan ko tak secantik dia tu. Tah-ntah kalau ko secantik dia, belum tentu ko ingat asal-usul ko..lebih teruk tak bersyukur langsung dengan Dia.


Dia dah jadikan ko cukup sempurna seadanya..semua kekurangan yang ada pada diri ko cuma asam garam penambah perisa je. kalau semua plain, tawar je..tak sedap laa....so dia bagi ko sedikit kekurangan supaya ko rasa adventures dengan kehidupan. pandai-pandai ko aa pikir camne nak gunakan kelemahan ni sebagai kelebihan.


tapi aku tetap rasa tak yakin..tapi nape laki salu puji orang-orang cantik..?

dah namanya manusia..mmg gitu ler sifatnya. sukakan yang cantik-cantik saja. cantik diluar belum tentu cantik didalam..


betul. kecantikan luaran datang dari kecantikan dalaman.

dah tu...ape lagi..pegi laa mekapkan wajah dalaman ko. 


boleh mekap-mekap ke?

yea...pegi laa banyak-banyakkan zikir untuk bersihkan hati...pegi dengar ceramah untuk lembutkan hati...tepati waktu solat..kan sape2 yang solat tepat waktunya Allah bagi Nur kat wajah dia..banyakkan solat sunat..yang paling penting, buang sume sifat mazmumah dalam hati tu. bersihkan hati dari semua sifat keji, baru laa hati jadi bersih dan putih. bila hati putih, barulah seri naik ke wajah...baru laa wajah tu cantik, berseri takde stress2 ni..


kena ingat ni selalu..


RUPA yang CANTIK, AKHLAK yang CANTIK, itu yang orang mahu
RUPA yang CANTIK, AKHLAK yang TAK CANTIK, xde sape nak..biar rupa cantik ngalahkan RCW pun
RUPA yang TAK CANTIK, tapi AKHLAK yang CANTIK, itu lebih baik dari yang ada rupa tapi takde akhlak.
RUPA yang TAK CANTIK, AKHLAK pun TAK CANTIK, xde guna sikit pun.buat rugi beras je idop kat dunia ni.baik bertaubat.


 

sendiri pikir laa bidah..ko dah nak masuk 3series pun..apa ada pada rupa..yang penting akhlak. dari ko duk banding-bandingkan fizikal ko dengan orang lain, baik ko banding-bandingkan akhlak ko dengan orang-orang solehah. itu lebih baik dan BERMAKNA.


kena selalu ingat, KECANTIKAN DATANG DARI DALAM.

Wednesday, March 14, 2012

puding trifle ~ aku baru nak cuba..

Assalamualaikum


orang lain dah lama tayang mende ni kan..i baru nak cuba..ahahaha
tak pe laa..sekurang-kurangnya ada usaha nak mencuba tu ye dak..
bende ini rasanya ramai dah kenal..tajuk dia PUDING TRIFLE. resepi dapat dari banyak sumber..dan banyak gak derhaka..hehehe

dah tak ingat ambil dari blog sape, tapi bende ni memang mudah nak buat. cuma yang jadi leceh bila masukkan dalam cup camni.kalau buat dalam  casserole tu, pejam mata bleh siap...kekeke




Ini cara buat trifle paling cikai. sape nak ikot, silakan..hehehe

Bahan-bahan

Lapisan Pertama
1 kek gulung apa-apa perisa pun boleh.


Lapisan Kedua
Tepung kastard 3 sudu penuh merumbu
Susu Sejat 1 tin
Air 1 tin - sukat guna tin susu
esen vanilla
buah-buahan cocktail
gula ikot tekak korang, kalau nak manis, bubuh aa lebih


Lapisan ketiga
Kristal Jelly

Cara-cara buat

1. Potong kek gulung, masukkan dalam cup. Tekan-tekan sket biar padat. Agak 1/3 je dari tinggi cup tu
2. Masukkan tepung kastard, susu, esen vanilla, air & gula dan periuk. Kacau dulu biar sebati then baru panaskan kat dapur dengan api perlahan.
3. Kacau sampai jadi pekat likat
4. Bila dah likat, cepat-cepat sudukan dalam cup smp cecah 2/3 dari tinggi cup time ni, jangan buat kije bawah kipas. Kastard ni cepat benor mengeras.
5. lepas masukkan kastard, susun buah-buah yang korang suka. aku bantai cocktail je tekan sket ke dalam kastard supaya nanti tak terapung
6. Tinggalkan jap. Masakkan jeli ikot je arahan kat paket tu =)
7. Sejukkan jeli jap je. Pahtu sudukan dalam cup sampai penuh. Jangan penuh sangat nanti tak cun plak.
8. Lastly, masukkan dalam peti ais semalaman. Mende ni sedap makan time sejut2..

Dah tu..boleh aaa melahap depan tv tanpa sedar diri. ahahaha


haaaa...ada nampak 3 layer tu..? malam tadi tak dapat jeli strawberi...yang ada limau je. belasah laa limau pun..tu yang dapat kaler ijau. ekekeke

nway, seronok buat ni. malam tadi berjaya buat 40 cups dan 2 tupperware 1/2 liter tu. ini sempena potluck yang nak buat kat opis arini. =)

selamat mencuba korang...=)