Thursday, March 8, 2012

menutup aurat atau membalut aurat ... hmmm..

Assalamualaikum kengkawan =)
senyum lebar sket arini sbb topik nak cite kena ngan batang idong sendiri..hoho..

AURAT
ape pemahaman korang tentang AURAT?
kat mana batas-batas AURAT?
apa yang dimaksudkan dengan sebenar-benar menutup AURAT?

hmm..

aku dulu pun pernah melalui fasa jahiliah gak..selamba pakai jeans sendat ngan baju t kecit tuik..tapi pakai tudung..hehe
penah gak pakai pakaian membalut aurat ni..

aku tau tu tak betol tapi sebab rasa nak sama cam orang-orang sekeliling, aku copy aa pesen diorg.
skali nanti diorg g muzium neraka, ko pun ikot beli tiket skali..

tapi itu kesah dulu, zaman Roy lari dari rumah..
sekarang aku rasa penampilan aku lebih baik..masih boleh bergaya tapi menutup aurat.

jadi, mula-mula mari kita kenal, apa itu AURAT


Dalam Hadis:"Wanita adalah itu a'urat".( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap  terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4


Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.

oooo...jadi kalu buka aurat means tak malu laa?

ha laaa...dah ko buka keaiban ko sendiri..aurat kan macam aib didedahkan..

nak cite lebih-lebih tak reti..ce korang tengok gambar kat bawah ni..stadi betol-betol apa yang tak kena


ini laa contoh-contoh membalut aurat.
sekarang mari kita tengok yang menutup aurat plak..


haa...bleh nampak tak bezanya tu..sampai ke kasut kena ada guideline..

tapi betol, aku salu sangat jumpe spesis yang berkasut tumit tinggi ni kat opis.skali turun tangga berdengung satu building..tak kena sungguh

sekarang mari kira tengok ikon-ikon muslimah yang gojes plak

Irma Hasmie
cantik bertudung..kalau tengok kat TV Alhijrah tu tudung dia salu labuh bawah dada..itu yang sepatutnya. I LIKE dia ni..hehhe

Wardina Safiyyah
salu stalking cara dia berpakaian. cantik weeii..
tapi yelaa..dah glemer, jadi duta bagai, kadang-kadang pakaian dia pun tak berapa nak tepati syara', aku rasa laa...sebab kadang-kadang tudung singkat, baju ikot body..tp masih lebih baik dari tak menutup aurat terus.

ada banyak lagi ler artis-artis yang korang leh copy stail pakaian diorg, cuma kena pandai-oandai pikir la..diorang ni pun manusia biasa gak. kadang-kadang pakaian diorang markah penuh, kadang-kadang suku, kadang-kadang separuh.

ambil mana yang baik laa

tapi,

masih ada seorang yang boleh sesangat nak ikot hijrah dia..

dia bukan artis pun ..jauh lagi laa selebriti fofular yang salu menang awards kat genting sinun..

dia cuma seorang blogger biasa yang dah banyak membuka mata hati aku yang keras kojong ni..




dia memang saaangggattttt gojes kan...paling respek cara dia kenakan pakaian untuk macam-macam majlis..
dia boleh pakai jubah pegi main-main ombak tau..
tak ke hebat nama nya tu..

kalau nak baca banyak lagi tentang kesah penghijrahan cik InaAchik ni, sila lawat blog dia


sori cik Ina, kita curik gambar you..huuhu

so sekarang harap korang dah boleh bezakan menutup aurat dan membalut aurat.
sebelum blah, nak tinggalkan korang dengan quote kat bawah ni..

Jaga solatmu... Labuhkan tudungmu... Longgarkan bajumu...
Dan ingat... Kita belum sempurna dalam menutup aurat hanya kerana kita bertudung...
Juga... Kita bukanlah alim bila bertudung labuh tapi tidak solat!


"Sesungguhnya jika aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"- Imam Hassan al Basri

 

1 comment:

  1. di kala sampai ke blog ini... saya terkedu. itu aku! yer, mmg btol... itu saya! ohhhhh~~~ tak marah cuma kelu dlm mode terharu...

    tapi...
    Jangan pernah jadikan aku IDOLmu...
    kerana aku terlalu jauh dengan SEMPURNA...
    yang baik tak salah contohi, kerana itu dari ALLAH...
    yang buruk jangan dicaci, tapi tegurlah aku kerana itu kelemahanku...

    semoga awk dan saya istiqamah dlm penghijrahan ini. sama2 kita berjihad berperang dgn nafsu sendiri... salam ukhwah seikhlas hati buat awk.
    meh nak plok sambil laga2 pipi sket meh. :)

    ReplyDelete