Sunday, March 11, 2012

DOA..?



Assalamualaikum kawan-kawan.. =)


mood pagi ni happy & energetic..**lompat bintang namblas kali di depan laptop..**


Hari ni sampai awal kat opis..sebelum pukul 8.15am dah terpacak depan pintu opis..salu puko 9 am baru nampak bayang..-tak pelaa..kompeni ni kan aku yg punye...ahahahaha -gile meroyan..


Kat kompleks ni, dah jadi amalan, sebelum stat kije, misti ada bacaan DOA kuat2 kat speaker bergegar seluruh kompleks, mintak keberkatan dari Allah Taala untuk kerja sepanjang hari..mintak perlindungan dari Allah Taala dari segala kejadian dan malapetaka buruk..sape nak tau kalau tetiba ada loji meletop..tak ke naya..dan juga mintak kerahmatan dari Allah Taala untuk ibu bapa dan guru-guru yang dah banyak berjasa kat manusia-manusia yg sedang menapak kat dlm kompleks ni..


Inti pati dan kandungan doa yang baik..tapi masih ramai yang tak reti nak hormatkan doa..


Siapa yang ramai tu?


Orang ISLAM laaa...yang Allah dah beri nikmat dapat kije ngan kompeni O&G nasional ni..tapi masih tak reti nak bersyukur..


camne aku tau diorg tak bersyukur?


Sebab diorang tak hormat DOA..


engkau - engkau semua, kalu dah tak reti nak hormat DOA which is yang sebenarnya permohonan kau...permintaan kau kat TUAN BESAR, maknanya ko tak respek TUAN BESAR kau.. dah kalau ngan TUAN BESAR ko dah tak respek..ko agak2 dia nak bagi ke ape yang ko mintak?


Aku heran betol..ape susah nak berenti sekejap, angkat tangan untuk tak sampai 3 menet pun..


yang tengah sembang kat kantin, berenti melantak jap, zip mulut jap..tak sampai 3 menet pun..


yang tengah merokok, tak payah menaga tak sampai 3 menet boleh bawak maut ke?


lantak ler ko manager ke...director ke..eksekutif ke...waima kuli batak skali pun ke...angkat laa tangan, sama-sama memohon daripada Allah Taala. Kalau ye pun ko tak nak memohon gak, kurang-kurang tunjuk ler rasa hormat pada agama sendiri.


siyesli aku heran ngan perangai orang Islam yang tak reti nak hormat ngan agama sendiri..wat malu kompeni je..non-muslim pandang slack je..apaaadaaaa..!


lesson learnt : korang semua jangan wat malu kompeni..bila dengar je orang berdoa, REGARDLESS kat mana ko berada, angkat tangan sama-sama memohon daripada Allah. It shows your respect to Allah Taala.


jangan maraahh aaaa...ehehehe

Saturday, March 10, 2012

KAWEN - bersediakah I?

Assalamualaikum


seronok jadi raja sehari kan..

impian semua gegels..nak wedding yang bapak meriahnye..aku sendiri pun kadang-kadang selalu gak berangan pasal wedding aku. siap plan beria - ria lagi pelamin nak letak mana, doorgift nak bagi ape, hantaran berapa kontena..biasa aa tu..dah nama pompuan kan...huhu

tapi nasib baik aku sedar cepat..

di sebalik keseronokan bergelar raja yang cuma sehari je tu, akan muncul tanggungjawab yang maha besar. yang bagi aku, cukup menggerunkan. pada korang tak tau laa kan..

tanggungjawab sebagai isteri


tanggungjawab yang satu ni, bagi aku tak tertanggung jasad aku rasanya..seriously cakap, aku dah evaluate diri sendiri dan aku rasa keputusannya, aku TAK LAYAK lagi bergelar isteri.

ada masih banyak kelemahan yang aku perlu baiki sebelum aku jadi pelengkap kepada suami aku.
setiap pasangan tu kan saling melengkapi dan menyempurnakan

bak kata ust azhar laa...seorang isteri yang menjilat nanah di seluruh badan suami pun belum tertunai hak seorang suami.

korang nampak tak besar mana tanggungjawab korang terhadap suami?

eh..ape plak kita bertanggungjawab kat suami? en suami ler bertanggungjawab kat kita..

yee..betol.dia bertanggungjawab mendidik kita ke arah kebaikan, lengkapkan kita jadi muslimah sejati, even dia pikul dosa-dosa kita kalau kita buat salah tau

tapi..

korang kena ingat, untuk semua yang disebutkan diatas, kita kena melaksanakan tanggungjawab kita sebagai isteri gak.

ala...bukan susah benor pun..ko taat kat suami dapat laa syurga..

memang, taat pada suami, jaga kehormatan, puasa di bulan Ramadhan dan solat lima waktu, then ko boleh pilih nak masuk syurga dari pintu mana yang ko suka (Riwayat Al Bazzar)

tapi nape masih ramai wanita yang masuk muzium neraka berbanding lelaki?

sebab diorang tak tutup aurat, tak nak mandi hadas besar, suka berhias berlebih-lebihan, suka ngumpat dan paling teruk tak taat suami.

Nabi SAW sendiri bersabda
“Tidak boleh bagi seorang manusia bersujud kepada manusia lain. Sekiranya perbuatan sujud seorang manusia kepada manusia lain ini baik, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana hak suami ke atasnya terlalu besar.” – Hadis tsabit riwayat Ahmad dan al-Bazzar.

tak nampak lagi betapa besar tanggungjawab tu? haihh...tobat aku takut nak kawen bila pikir bab ni.

bab nak faham hak seorang suami satu hal, pastu bab nak menunaikan hak seorang suami plak satu hal.
lebih baik aku persiapkan diri aku secukupnya dengan ilmu yang pelbagai, supaya aku boleh tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri dengan cemerlang dan boleh menunaikan hak suami aku dengan terbilang. ceh...bunyi macam propa pilihanraya plak.


tanggungjawab sebagai mak orang

comey ekk budak2 kecit camni tido..kiut gile!

pehhhh..! bab laki dah headache, masuk plak bab anak. ko tak yah cerita laa bab nak beranak ni kiah..aku dah hari-hari dengar pengalaman beranak ni..pompuan-pompuan kat opis tu tak reti dah nak bergosip pasal mende lain, balik2 bab beranak, balik2 bab buat anak. tensen mak sebagai seorang yang masih suci.ahaks!

kembali serious.

bagi aku, anak ialah amanah Allah. Yea..amanah dari TUAN BESAR wehhh...!!


kalau silap didik, anak ko jadi badigol tak reti agama, silap2 dia tolong booking tiket ko ke muzium neraka.

bukan senang kiah weehh nak didik seorang manusia ni jadi orang..ko tak payah susah payah imagine nak didik anak laa..ko evaluate diri sendiri je.

diri sendiri tu, berjaya tak lagi ko didik ikot landasan yang betol?
pakaian ko ikot syariat tak?
solat ko awal waktu tak?
lifestyle ko ikot syariat? pergaulan ko?
ngaji ko dah betol ke belom?

kalau banyak NO dari YES, aku rasa masih tak layak nak jadi mak bapak.

eh..nape plak..?

yelaa..ko nak anak ko jadi alim, tahu agama, boleh sedekahkan ko fatihah bila dah takde sok, tapi ko sendiri tak tentu hala.
pokok yang sehat datang dari benih yang baik.

ko ni benih yang elok, yang baik ke tak?

itu yang jadi persoalan aku sehingga sekarang.

aku masih tak mampu nak cakap aku ni benih yang BAIK.

 aku takut esok-esok, aku laki bini kena soal depan TUAN BESAR sebab anak-anak aku tak jadi muslim.
nauzubillah..gerun wohh!

Apa pun, dikesempatan jodoh yang datang lambat yang Allah dah anugerahkan kat aku ni, aku akan guna untuk persiapkan diri sendiri sebagai ISTERI YANG SOLEHAH, IBU YANG MITHALI. insyaallah. Aku yakin, bila aku dah cukup persiapan, barulah Allah berikan aku seorang suami.


yea dak..? ekekeke..

bagi aku, marriage life and parenting is satu tanggungjawab yang ko tak boleh sewenang-wenangnya ambil mudah. prepare yourself dengan selengkap-lengkapnya untuk diri sendiri, bakal spouse, bakal anak-anak hatta bakal cucu-cucu.

insyaallah.

p/s: kadang-kadang, jodoh ni lambat bukan sebab ape pun, sebab diri sendiri gop. Ko tak bersedia nak bergelar suami/isteri, sebab tu Allah delay sket jodoh ko.supaya ko sempat cari ilmu.

chills!

eerrr you..bila kita nak tuweenn..soalan ngadee taik kudee

Thursday, March 8, 2012

menutup aurat atau membalut aurat ... hmmm..

Assalamualaikum kengkawan =)
senyum lebar sket arini sbb topik nak cite kena ngan batang idong sendiri..hoho..

AURAT
ape pemahaman korang tentang AURAT?
kat mana batas-batas AURAT?
apa yang dimaksudkan dengan sebenar-benar menutup AURAT?

hmm..

aku dulu pun pernah melalui fasa jahiliah gak..selamba pakai jeans sendat ngan baju t kecit tuik..tapi pakai tudung..hehe
penah gak pakai pakaian membalut aurat ni..

aku tau tu tak betol tapi sebab rasa nak sama cam orang-orang sekeliling, aku copy aa pesen diorg.
skali nanti diorg g muzium neraka, ko pun ikot beli tiket skali..

tapi itu kesah dulu, zaman Roy lari dari rumah..
sekarang aku rasa penampilan aku lebih baik..masih boleh bergaya tapi menutup aurat.

jadi, mula-mula mari kita kenal, apa itu AURAT


Dalam Hadis:"Wanita adalah itu a'urat".( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap  terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4) 


Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.

oooo...jadi kalu buka aurat means tak malu laa?

ha laaa...dah ko buka keaiban ko sendiri..aurat kan macam aib didedahkan..

nak cite lebih-lebih tak reti..ce korang tengok gambar kat bawah ni..stadi betol-betol apa yang tak kena


ini laa contoh-contoh membalut aurat.
sekarang mari kita tengok yang menutup aurat plak..


haa...bleh nampak tak bezanya tu..sampai ke kasut kena ada guideline..

tapi betol, aku salu sangat jumpe spesis yang berkasut tumit tinggi ni kat opis.skali turun tangga berdengung satu building..tak kena sungguh

sekarang mari kira tengok ikon-ikon muslimah yang gojes plak

Irma Hasmie
cantik bertudung..kalau tengok kat TV Alhijrah tu tudung dia salu labuh bawah dada..itu yang sepatutnya. I LIKE dia ni..hehhe

Wardina Safiyyah
salu stalking cara dia berpakaian. cantik weeii..
tapi yelaa..dah glemer, jadi duta bagai, kadang-kadang pakaian dia pun tak berapa nak tepati syara', aku rasa laa...sebab kadang-kadang tudung singkat, baju ikot body..tp masih lebih baik dari tak menutup aurat terus.

ada banyak lagi ler artis-artis yang korang leh copy stail pakaian diorg, cuma kena pandai-oandai pikir la..diorang ni pun manusia biasa gak. kadang-kadang pakaian diorang markah penuh, kadang-kadang suku, kadang-kadang separuh.

ambil mana yang baik laa

tapi,

masih ada seorang yang boleh sesangat nak ikot hijrah dia..

dia bukan artis pun ..jauh lagi laa selebriti fofular yang salu menang awards kat genting sinun..

dia cuma seorang blogger biasa yang dah banyak membuka mata hati aku yang keras kojong ni..




dia memang saaangggattttt gojes kan...paling respek cara dia kenakan pakaian untuk macam-macam majlis..
dia boleh pakai jubah pegi main-main ombak tau..
tak ke hebat nama nya tu..

kalau nak baca banyak lagi tentang kesah penghijrahan cik InaAchik ni, sila lawat blog dia


sori cik Ina, kita curik gambar you..huuhu

so sekarang harap korang dah boleh bezakan menutup aurat dan membalut aurat.
sebelum blah, nak tinggalkan korang dengan quote kat bawah ni..

Jaga solatmu... Labuhkan tudungmu... Longgarkan bajumu...
Dan ingat... Kita belum sempurna dalam menutup aurat hanya kerana kita bertudung...
Juga... Kita bukanlah alim bila bertudung labuh tapi tidak solat!


"Sesungguhnya jika aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"- Imam Hassan al Basri

 

Wednesday, March 7, 2012

Berubah ape lagi..?

Assalamualaikum

kesah jiwang leleh plak arini..bab C.I.N.T.A

korang bercinta tak? aku kenal cinta sejak 9 tahun yang lalu..macam2 jenis laa boipren I dulu..ahaha..gediksnyee terasa...kahakakah..
tapi itu dulu..waktu zaman jahiliah dulu..

sekarang?
ada boipren gak..ahaha..tapi tak segila zaman jahiliah dulu.
tapi jahiliah jugak..haihh..

tau..tapi banyak yang dah berjaya ubah..boipren kali ni bapak ler matangnyee..aku yang separa masak ni lagi hangus nak cope ngan dia..tapi ada banyak kebaikan yang dia dah bawak kat aku..

tapi dalam pada tu, gaduh..kecit ati..terasa sangat mewarnai kehidupan. dengan dia, aku belajar nak hidup. tagline hidup aku sekarang,

"ala..PERASAAN je pun..takde matinye kalau tak ikot PERASAAN.."

dah jadi kurang berperasaan dah aku ni.

tapi perkara terakhir yang dia suarakan baru-baru ni betol2 membingungkan aku..
dia mintak aku BERUBAH..

tak berubah lagi ke aku ni?

pakaian dah ala-ala Irma Hasmie dah...kali ni perasan
perangai dah byk berubah..aku rasa laa.
penat aku pikir..perubahan apa lagi yang dia mahu..
terasa susahnya nak merebut cinta dia..lelah!


macam - macam dah aku buat..asek ada je lompangnye..
tu tampal2 tu..ngan plaster..koyok..perca kain..sume masih tak mampu nak buat dia bagi 100% cinta dia kat aku..

penat aku termenung..last-last aku rasa inilah puncanya.

aku mencintai hamba melebihi TUAN.

aku mencintai makhluk Allah melebihi aku mencintai Dia..

leerr..patut ler mamat tu keberatan je ngan aku..rupanya takde restu dari Dia..

haaa..ini laa penyelesaian terbaik bagi konflik hubungan aku sesama manusia ni..

baik aku cari cinta Allah dulu..insyaallah kalau dia memang untuk aku, sure Allah akan bagi dia kat aku..betoi dak?

aku berazam untuk berubah lebih baik terhadap Dia,
sembahyang yang selama ni asek lambat je, insyallah aku akan tepat waktunye..
amalan sunat yang selama ni duk berkampung dalam buku panduan, insyaallah akan aku amalkan
pakaian yang diva-diva yang ske buat aku feelin gojes lebih2 tu akan aku tinggalkan insyaallah..tabbaruj tu..
perangai menggila aku yang selama ni ske tarik perhatian orang akan aku tinggalkan insyallah
semuanya kerana satu sebab..

aku nak cinta Dia.

dah dapat cinta Dia, aku yakin cinta mamat tu pun akan dapat gak..

aku tambah dalam doa aku setiap hari usai solat dengan ni..


yepp..cakap lagi mudah dari buat..
tapi kalau ko tak try, sampai bila-bila akan jadi payah

chill!




Tuesday, March 6, 2012

ujian lagi

Assalamualaikum

nak kongsi satu doa bila hati tak tenang..

cara-caranya:
Rasulullah SAW bersabda kepada 'Aisya RA,
letakkan tangan kanan dekat dengan hatimu dan sapukan ia sambil membaca doa:

بِسْمِ اللهِ، اَللهُمَّ دَاِونِي بِدَوَائِكَ وَاشْفِـنِيْ   بِشِفـَائِكَ
وَأَغْنِنِيْ  بِفَـضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاك

dengan nama Allah, wahai Allah, rawailah daku dengan rawatanMu, sembuhkanlah daku dengan penawarMu dan cukupkanlah daku dengan kelebihan yang ada padaMu dari mengharapkan selain dariMu.

dalam banyak-banyak urusan dunia, yang satu ini amat menggusarkan hati dan fikiran. dah berkali-kali berjanji untuk mempedulikan perasaan itu, tapi yeahhh...cakap lebih mudah dari praktikalnya.
masih mencuba..tapi yang paling penting, harus berani mencuba dan terus istiqamah..
what say u?