Assalamualaikum
Tajuk entry yang macam dah give up kan..tapi sebenarnya masih belom give up..masih berjuang menentang habis-habisan..aahahaha
banyak aku perjuangkan dalam diri ni..tapi banyak jugak yang aku kadang-kadang tewas di tangan sendiri..
bukan tak mahu, tapi kadang-kadang rasa macam tak mampu..tapi sebenarnya aku sendiri yakin, kalau aku push diri sendiri sikiiiiiitt je lagi, sure aku boleh buat. tapi tu aa masalahnya.. kadang aku kompidem, kadang tak..
kadang-kadang aku terasa terlalu rendah diri..tak yakin langsung ngan apa yang aku dah ada..sampaikan perasaan gile humble tu telah buat aku hampir melepaskan peluang-peluang keemasan dalam idop ni.
itu laa yang aku belajar sepanjang dah lebih suku abad aku bernapas ni..MENGHARGAI DIRI SENDIRI. kadang-kadang dek kerana terlampau mengejar apa yang aku impikan, sampaikan aku terlupa dengan diri sendiri. ape yang diri sendiri mahukan..asek nak puaskan hati orang lain je.
kadang-kadang aku rasa sangat tak yakin dan sangsi dengan ape yang dah aku miliki..banyak kali aku pikir bahawa aku tak layak untuk menerima..sebab masih banyak kekurangan diri. tahlahh..
semua yang aku ada hari ini adalah anugerah dari ALLAH Taala. tanpa keizinan Dia tak mungkin aku boleh merasai nikmat kehidupan arini. Terima kasih ya Allah..dan juga, ampunkan aku ya Allah..sebab terlalu banyak bersangka buruk terhadapMu.
kadang-kadang aku terpikir..betul ke aku ni?
hmmm..malas aa membebel ...sambung esop lak boleh..ahahahaha
selamat berlingkar di petang-petang begini..huhuhu
Thursday, May 3, 2012
Sunday, April 29, 2012
saya mintak maaf derr
Assalamualaikum
fuhh..fuhhh...!! berhabuk dah sikit..dah lama tak buat hoskiping kan..hehehe...biasa laa..dah kalau kije cam nak gile, gini laa jadinya. idop dah tak balance. nasib baik jumpe balik balance tu...hoho
etah kenapa, bangun pagi ni aku ada rasa spark sket...rasa macam-macam..
ada resah, gelisah..takut, sedih, nyesal..rasa cam hampeh pun ada..rasa cam banyak plak dosa aku ngan orang-orang ni..ustaz kata, dosa ngan Allah Taala insyaallah akan diampunkan sebab Allah tu kan Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. bila kita bertaubat, mohon keampunan dengan sungguh-sungguh, dan berjanji tanak ulang kesilapan lalu, insyaallah Allah akan ampunkan.
Tapi kalau dengan manusia? camne kalau dia tak nak maafkan aku? tak jadi masuk syurgakah aku?
Jadi, entry ni ditujukan khas kepada semua yang pernah terasa hati or bengang or serabut or panas hati ngan aku yang banyak tak betul dari betul ni..
aku manusia biasa, sangat lemah, sangat daif..aku banyak bercakap. dah tentu banyak yang tersilap..
jadi, aku dengan rendah hati dan rendah diri mohon maaf dari semua yea..rasa nak raya plak yea..ahahhhaahaa
so, MAAFKAN SAYA yea.. =)
Tuesday, April 17, 2012
eksiden hari-hari derr...
Assalamualaikum
Pagi ni jalan nak ke opis jem parok,..orang kawasan ni kata 'jem klem....dop rok cetom..'..ahahaha...tu diaaa..nak gambarkan betapa teruknya keadaan tersebut..kihkihkih..
kalau musim hujan, boleh kata tiap-tiap hari ada orang eksiden. dah tak berapa nak seriau dah tengok mayat terbaring kat tepi jalan..tapi bukan kengerian setiap kemalangan tu yang nak dicerita..
yang nak disampaikan betapa dekatnya kita ni dengan KEMATIAN.
pernah satu hari dulu, aku tengah layan bawak kete nak gi opis ni..dah nampak dah jalan jem..ingatkan eksiden biasa-biasa je..skali bila dah lalu tepi tu, nampak ler mayat budak motor..diorang baru tutup muka mayat tu dengan raincoat. ooo lupa, waktu tu hujan renyai-renyai..pagi lagi.dalam puko 7.45 lebih - lebih gitu..
aku dapat tengok dengan jelas, kaki dia dah pucat gaban..kaki orang mati. lepas tu aku terus kecut perut. aku beristighfar je sepanjang jalan..betapa aku takut tengok kaki mayat tu.
tengah hari tu dapat laa berita penuh. rupa-rupanya budak tu ialah polis bantuan kat BSN. dia baru je kkuar dari umah dia bila suddenly satria kat depan dia tukar lorong. dia pun..ape lagi..terus sondol laa bontot satria tu..hamekk..berlubang bontot satria tu. agaknya dia pun tengah laju time tu. meninggal tak lama lepas kuar dari umah..dalam 30 minit pas kuar umah.
pengajarannya, mati ni tak tunggu sesaat pun. dah jadi RAHSIA ALLAH bila, kat mana dan bagaimana kita dijemput. kita ni antara redi ngan tak je nak jumpe Dia.
betapa dekatnya kita dengan KEMATIAN..astaghfirullah..bersedia ke kita ni?
Nabi SAW pernah bersabda, mengingat kematian tu adalah sunat. jadi, mari kita banyak-banyak ingat mati...jangan terlampau sibuk mengejar kekayaan didunia sampai lupa nak cari kekayaan Akhirat. Allah..
'bekerjalah kamu seolah-olah akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya'
wallahu'alam.
Sunday, April 15, 2012
nie ada luahan perasaan dari seorang wanita, sungguh menginsafkan......
sumber: dapat dari email..sila baca dengan penuh perhatian yea =)
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ..celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"
....demi mengurangkan bebanan tersebut wajarlah suami2 mencarikan teman ke 2 dan seterusnya untuk suri2 yg di rumah tu semoga kurang bebanan kerja mereka..... ~~yang ni memang statement tak boleh blah..ahahhaa..you misti ske kan ni yang..~~
14 April
Assalamualaikum semua
Sebenarnya dah diniatkan untuk 14 April, tapi tah cmne, terlupa plak nak publish..hehehee..malu sendiri.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampuni setiap butir dosa dirinya Ya Allah,
Kau kurniakanlah limpah rahmat dan berkatMu yang maha suci kepadanya dan keluarga Ya Allah
Kau berikanlah dia ketenangan dan dan kelapangan dada..
Berikanlah dia kemudahan dalam menjalani kehidupannya seharian
Bantulah dia Ya Allah, tetapkan hatinya kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman,
Andai dia masih jauh dari mengingatiMu Ya Allah,
Aku mohon padaMu Ya Allah untuk berikan dia hidayah
untuk mencintaiMu lebih dari mencintaiku Ya Allah,
sekiranya dia masih lalai dengan urusan dunia, berikanlah dia hidayah untuk kembali dekat padaMu Ya Allah
Ya Allah yang Maha Pengampun,
aku berdoa kepadaMu Yang Maha Pengampun untuk mengampunkan setiap dosa-dosanya Ya Allah.
Ampunkanlah dia Ya Allah....
Ampunkanlah dia Ya Allah..
Ampunkanlah dia Ya Allah..
Ya Allah..
aku mohon padaMu, tetapkanlah hatinya ke jalanMu ..
berilah dia panduan supaya dia menjadi imamku yang terbaik
berilah dia peluang untuk bersamaku Ya Allah
Ya Allah,
Aku mohon sepenuh hatiku..makbulkanlah doa ini untuknya Ya Allah
kerana ini sesungguhnya Ya Allah merupakan hadiah untuk hari lahirnya yang paling bermakna bagiku.
Sebenarnya dah diniatkan untuk 14 April, tapi tah cmne, terlupa plak nak publish..hehehee..malu sendiri.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampuni setiap butir dosa dirinya Ya Allah,
Kau kurniakanlah limpah rahmat dan berkatMu yang maha suci kepadanya dan keluarga Ya Allah
Kau berikanlah dia ketenangan dan dan kelapangan dada..
Berikanlah dia kemudahan dalam menjalani kehidupannya seharian
Bantulah dia Ya Allah, tetapkan hatinya kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman,
Andai dia masih jauh dari mengingatiMu Ya Allah,
Aku mohon padaMu Ya Allah untuk berikan dia hidayah
untuk mencintaiMu lebih dari mencintaiku Ya Allah,
sekiranya dia masih lalai dengan urusan dunia, berikanlah dia hidayah untuk kembali dekat padaMu Ya Allah
Ya Allah yang Maha Pengampun,
aku berdoa kepadaMu Yang Maha Pengampun untuk mengampunkan setiap dosa-dosanya Ya Allah.
Ampunkanlah dia Ya Allah....
Ampunkanlah dia Ya Allah..
Ampunkanlah dia Ya Allah..
Ya Allah..
aku mohon padaMu, tetapkanlah hatinya ke jalanMu ..
berilah dia panduan supaya dia menjadi imamku yang terbaik
berilah dia peluang untuk bersamaku Ya Allah
Ya Allah,
Aku mohon sepenuh hatiku..makbulkanlah doa ini untuknya Ya Allah
kerana ini sesungguhnya Ya Allah merupakan hadiah untuk hari lahirnya yang paling bermakna bagiku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
