Sunday, April 29, 2012

saya mintak maaf derr

Assalamualaikum


fuhh..fuhhh...!! berhabuk dah sikit..dah lama tak buat hoskiping kan..hehehe...biasa laa..dah kalau kije cam nak gile, gini laa jadinya. idop dah tak balance. nasib baik jumpe balik balance tu...hoho

etah kenapa, bangun pagi ni aku ada rasa spark sket...rasa macam-macam..

ada resah, gelisah..takut, sedih, nyesal..rasa cam hampeh pun ada..rasa cam banyak plak dosa aku ngan orang-orang ni..ustaz kata, dosa ngan Allah Taala insyaallah akan diampunkan sebab Allah tu kan Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. bila kita bertaubat, mohon keampunan dengan sungguh-sungguh, dan berjanji tanak ulang kesilapan lalu, insyaallah Allah akan ampunkan.

Tapi kalau dengan manusia? camne kalau dia tak nak maafkan aku? tak jadi masuk syurgakah aku?

Jadi, entry ni ditujukan khas kepada semua yang pernah terasa hati or bengang or serabut or panas hati ngan aku yang banyak tak betul dari betul ni..

aku manusia biasa, sangat lemah, sangat daif..aku banyak bercakap. dah tentu banyak yang tersilap..

jadi, aku dengan rendah hati dan rendah diri mohon maaf dari semua yea..rasa nak raya plak yea..ahahhhaahaa

so, MAAFKAN SAYA yea.. =)

Tuesday, April 17, 2012

eksiden hari-hari derr...

Assalamualaikum

Pagi ni jalan nak ke opis jem parok,..orang kawasan ni kata 'jem klem....dop rok cetom..'..ahahaha...tu diaaa..nak gambarkan betapa teruknya keadaan tersebut..kihkihkih..

kalau musim hujan, boleh kata tiap-tiap hari ada orang eksiden. dah tak berapa nak seriau dah tengok mayat terbaring kat tepi jalan..tapi bukan kengerian setiap kemalangan tu yang nak dicerita..

yang nak disampaikan betapa dekatnya kita ni dengan KEMATIAN.

pernah satu hari dulu, aku tengah layan bawak kete nak gi opis ni..dah nampak dah jalan jem..ingatkan eksiden biasa-biasa je..skali bila dah lalu tepi tu, nampak ler mayat budak motor..diorang baru tutup muka mayat tu dengan raincoat. ooo lupa, waktu tu hujan renyai-renyai..pagi lagi.dalam puko 7.45 lebih - lebih gitu..

aku dapat tengok dengan jelas, kaki dia dah pucat gaban..kaki orang mati. lepas tu aku terus kecut perut. aku beristighfar je sepanjang jalan..betapa aku takut tengok kaki mayat tu. 

tengah hari tu dapat laa berita penuh. rupa-rupanya budak tu ialah polis bantuan kat BSN. dia baru je kkuar dari umah dia bila suddenly satria kat depan dia tukar lorong. dia pun..ape lagi..terus sondol laa bontot satria tu..hamekk..berlubang bontot satria tu. agaknya dia pun tengah laju time tu. meninggal tak lama lepas kuar dari umah..dalam 30 minit pas kuar umah.

pengajarannya, mati ni tak tunggu sesaat pun. dah jadi RAHSIA ALLAH bila, kat mana dan bagaimana kita dijemput. kita ni antara redi ngan tak je nak jumpe Dia.

betapa dekatnya kita dengan KEMATIAN..astaghfirullah..bersedia ke kita ni? 

Nabi SAW pernah bersabda, mengingat kematian tu adalah sunat. jadi, mari kita banyak-banyak ingat mati...jangan terlampau sibuk mengejar kekayaan didunia sampai lupa nak cari kekayaan Akhirat. Allah..

'bekerjalah kamu seolah-olah akan hidup seribu tahun dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya'

wallahu'alam.

Sunday, April 15, 2012

nie ada luahan perasaan dari seorang wanita, sungguh menginsafkan......

sumber: dapat dari email..sila baca dengan penuh perhatian yea =)

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ..celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... 
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati...ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"


....demi mengurangkan bebanan tersebut wajarlah suami2 mencarikan teman ke 2 dan seterusnya untuk suri2 yg di rumah tu semoga kurang bebanan kerja mereka.....  ~~yang ni memang statement tak boleh blah..ahahhaa..you misti ske kan ni yang..~~

14 April

Assalamualaikum semua

Sebenarnya dah diniatkan untuk 14 April, tapi tah cmne, terlupa plak nak publish..hehehee..malu sendiri.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampuni setiap butir dosa dirinya Ya Allah,
Kau kurniakanlah limpah rahmat dan berkatMu yang maha suci kepadanya dan keluarga Ya Allah
Kau berikanlah dia ketenangan dan dan kelapangan dada..
Berikanlah dia kemudahan dalam menjalani kehidupannya seharian
Bantulah dia Ya Allah, tetapkan hatinya kepadaMu Ya Allah.


Ya Allah Ya Rahman,
Andai dia masih jauh dari mengingatiMu Ya Allah,
Aku mohon padaMu Ya Allah untuk berikan dia hidayah
untuk mencintaiMu lebih dari mencintaiku Ya Allah,
sekiranya dia masih lalai dengan urusan dunia, berikanlah dia hidayah untuk kembali dekat padaMu Ya Allah


Ya Allah yang Maha Pengampun,
aku berdoa kepadaMu Yang Maha Pengampun untuk mengampunkan setiap dosa-dosanya Ya Allah.
Ampunkanlah dia Ya Allah....
Ampunkanlah dia Ya Allah..
Ampunkanlah dia Ya Allah..


Ya Allah..
aku mohon padaMu, tetapkanlah hatinya ke jalanMu ..
berilah dia panduan supaya dia menjadi imamku yang terbaik
berilah dia peluang untuk bersamaku Ya Allah


Ya Allah,
Aku mohon sepenuh hatiku..makbulkanlah doa ini untuknya Ya Allah
kerana ini  sesungguhnya Ya Allah merupakan hadiah untuk hari lahirnya yang paling bermakna bagiku.



Thursday, April 12, 2012

rahsia jodoh saya

"Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu."


Tuesday, April 10, 2012

selalu marah - marah

Assalamualaikum

Lately, saya selalu marah - marah .. cepat bebenor naik angin. kadang- kadang yang keluar dari mulut lagi laju dari ape yg terlintas kat fikiran nih. itu yang kadang-kadang sampai nyesal cakap yang tak sepatutnya.

haihh..

nape cepat benor marah..

Nabi Allah saw kata, marah tu dari setan. setan kan dari api, jadi..kalau dah stat naik angin, baik g amek wudhu', insyaallah rasa marah akan menghilang.


tapi selagi tak lepaskan, selagi tu tak rasa puas. kalo dapat menghambur kata-kata kesat, marah berapi-api baru rasa lega..

mana boleh camtu..mende yang dikata, tak boleh nak undur balik. dah kalau org terasa, mintak maaf pun dah tak guna. nak lagi kalau dah cakap mende yang tak sepatutnye...


tapi...haihhh..susahnya nak melawan nafsu sendiri...baru nafsu amarah tu...

tau pun..sebab tu Nabi Allah saw ajar cara nak kawal marah..


Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).


Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Insyaallah, saya tak akan benarkan setan jadi kawan saya time marah lagi..

p/s: tapi ko kalu tak puas ati ngan aku, meh ler sound depan2..tak yah aa pegi cakap kat org lain..ko kasik aku bingit aaa..aku nampak ko ni keciiiiiiiiikkkk je tau. huh!!



Sunday, April 1, 2012

Sunday Strike: Tolong Anak Yatim

Assalamualaikum wrt

Dah lama menghilang kan...hehehe...

Bukan ape, kebelakangan ni banyak benor isu nak kena setel..hal kerja, hal personal...berkejar-kejar..tapi apa pun, Alhamdulillah..ada sket masa nak conteng blog bolok kali ni.

Entry kali ni dipertik dari satu email yang dikirim oleh sahabat baik saya..point yang ingin disampaikan sangat jelas.

HAJI YANG MABRUR BERMULA DARI HATI YANG IKHLAS. TAK PERLU SAMPAI KE MEKAH, KADANG-KADANG DI DEPAN RUMAH DAH DAPAT PAHALA HAJI YANG MABRUR BERKAT KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN.

Apa pun, saya berazam nak mengerjakan haji dan umrah sebelum usia 40 tahun. Maknanya ada lebih kurang 10-11 tahun lagi...=)

dah tua ko ehh...tapi bekal tu dah cukup ke?


Insyaallah, istiqamah ke arah hijrah yang lebih baik.

ni kisah pasal seorang pembuat kasut yang mendapat pahala haji yang mabrur dengan hanya membuat kebajikan kepada anak-anak yatim.

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"

Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."

Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"

Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu, "Muwaffaq."

Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"

Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.

"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
 

Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."

Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."

Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"

Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."



kita ni...kadang-kadang tak pernah bertanya pun khabar jiran..kalo ada yang bertanya pun, cukup setakat tanye khabar..ntah kawan tu dah makan ke blom...tak penah nak tanya. budaya kita orang Melayu kan..tanya lebih - lebih karang dikata menjaga tepi kain orang..walhal Nabi SAW sendiri dah bersabda soh tanye ngan jiran tu, kalau dia cakap ko baik, baik ler ko. kalau tak, nasib ler...


kesimpulannya, bertanya khabar kepada jiran is essential. tak semestinya bertegur sapa untuk bergosip je..lupakan peribahasa Melayu "jaga tepi kain orangg' kerana sesungguhnya Islam menggalakkan kita mengambil tahu keadaan jiran-jiran kita. 


p/s: jaga yang mana patut ler..jangan melebih2 plak.